Khamis, 13 Oktober 2016

Hari PSS 2016 meriah: Berhibur sambil menyumbang untuk Dataran Berbumbung.

Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Panitia-Panitia SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal telah menganjurkan Hari PSS (aka Hari Usahawan) pada 8hb Oktober 2016 (Sabtu) bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di Dataran Perhimpunan

Objektif utama program ini ialah mengutip sumbangan untuk dana pembinaan Dataran Berbumbung. Sekolah masih memerlukan sumbangan untuk membina bumbung dataran walaupun dataran & pentas sudah 80 peratus siap.

Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Hasri Harun, Pengerusi BAKA SERI / SEMI.

Banyak gerai jualan makanan, minuman dan permainan telah dibuka. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan ialah persembahan badut, permainan belon gelongsor, Galeria IT (permainan komputer interaktif), musical chair, bergambar bersama Maskot Ana Muslim, mini golf, pemeriksaan kesihatan oleh KPMC, lukisan muka dan banyak lagi.

Sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa (BAKA), guru-guru, staf-staf, murid-murid, pelajar-pelajar, KPMC, syarikat perniagaan dan orang perseorangan yang telah menjayakan Hari PSS ini.




















0 comments:

Catat Ulasan