Rabu, 21 Oktober 2015

Penutupan sekolah 22hb Oktober 2015 (Khamis) akibat jerebu.

Penutupan sekolah 22hb Oktober 2015 (khamis) akibat jerebu.
Assalamualaikum wbt.
Pihak pengurusan sekolah bersetuju mengikut arahan Kementerian bagi penutupan sekolah termasuk pejabat sekolah pada hari esok, Khamis 22/10/2015.
Sekian makluman.
Terima kasih.

Bengkel Pemantapan BI Tahun 5

Berikut gambar-gambar yang dirakamkan oleh lensa sekolah sepanjang Bengkel Pemantapan BI Tahun 5 yang dijalankan pada 17hb Oktober 2015 bertempat di surau sekolah bermula pukul 8.00 pagi hingga 1 petang.









Selasa, 20 Oktober 2015

Perubahan peperiksaan Akhir Tahun (Tahun 1 - 6)

Assalamualaikum ibubapa SERI yang dihormati.

Berikut ialah pengumuman rasmi tentang peperiksaan akhir tahun untuk Tahun 1 hingga 6 daripada pihak sekolah:

Memandangkan keadaan jerebu yang tidak menentu, peperiksaan dalaman untuk Tahun 1-6 ditunda ke Isnin minggu hadapan iaitu pada 26/10/2015.

Ini bermakna, jadual peperiksaan ialah sama, cuma tarikh mula ialah pada hari Isnin hadapan (26/10/2015).

Harap maklum.

Isnin, 19 Oktober 2015

Penutupan sekolah 20hb Oktober 2015

Assalamu'alaikum wbt.

SERI / SEMI ABIM Sg Ramal akan mengikut arahan Kementerian. Oleh itu, sekolah termasuk pejabat akan ditutup esok (selasa, 20 Okt 2015). Guru-guru dan staf-staf juga tidak perlu hadir ke sekolah.

Makluman mengenai peperiksaan akhir tahun.

Jadual hari isnin 19/10/2015 untuk tahun 1,2,3 dan 5 akan dibawa ke isnin minggu hadapan iaitu pada 26/10/2015.

Manakala bagi tahun 4 pula, jadual hari isnin,
19/10/2015 akan dibawa ke hari rabu minggu hadapan iaitu pada 28/10/2015.

Jadual hari selasa 20/10/2015 untuk tahun 1,2,3 dan 5 akan dibawa ke selasa minggu hadapan iaitu pada 27/10/2015.

Manakala bagi tahun 4 pula, jadual hari selasa, 20/10/2015 akan dibawa ke hari khamis minggu hadapan iaitu pada 29/10/2015.

Jadual peperiksaan bagi tahun 6 pula;

👉🏻 Rabu: (21/10/2015): Hadith, KH, Al-Quran

👉🏻 Jumaat: (23/10/2015): Tafsir

Ahad, 18 Oktober 2015

Usrah Gabungan Bersama Presiden ABIM

Usrah Gabungan Bersama Presiden ABIM telah diadakan pada 16/10/2015 (Jumaat) di Surau Sekolah pukul 3.00 hingga 4.00 ptg. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh CEO sekolah, Tn. Haji Baharuddin  Ibrahim.

Kemudian Presiden Abim, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim menyampai ceramah. Selepas itu Naib Presiden Abim, Saudara Khairudin Abas telah menyampaikan ucapan ringkas.



Berikut gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa sekolah.


Presiden Abim, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim menyampaikan ceramah.
Tn. Haji Baharuddin  Ibrahim.menyampaikan ucapan alu-aluan.
Guru-guru SERI / SEMI mendengar amanat Presiden ABIM
Guru-guru SERI / SEMI mendengar amanat Presiden ABIM

Jumaat, 9 Oktober 2015

Preview An-Najah 2014 on-line

Sambungan

Khamis, 8 Oktober 2015

Jadual peperiksaan akhir tahun 2015

Berikut jadual peperiksaan akhir tahun untuk murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5.