Ahad, 27 September 2015

Perubahan jadual PSRA (Jais)

KENYATAAN MEDIA

Selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia dan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, pendidik dan pengurus sekolah, semua sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor akan ditutup pada hari Isnin, 28 September 2015.

Oleh kerana cuaca semasa adalah tidak kondusif untuk pelajar menduduki peperiksaan, Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan pada 28 September 2015 juga ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Justeru, semua calon PSRA akan memulakan peperiksaan pada hari Selasa, 29 September 2015 dengan kertas Bahasa Arab (Kod BA02) pada jam 2.40 petang.

Semua sekolah yang terlibat hendaklah memastikan maklumat mengenai penangguhan ini sampai kepada semua calon dan pihak-pihak yang terlibat dalam kadar segera.

Terima kasih.

Tuan Hj. Ahmad Zaki Bin Hj. Arsad
Timbalan Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor

Maklumat dari unit peperiksaan.

Perubahan Jadual PSRA 2015
29.9.15(SELASA) BAHAS A ARAB

30.9.25(RABU)
JAWI,IMLAK&KHAT

1.10.15(KHAMIS)
TAUHID&FEKAH

2.10.15(JUMAAT)
TAJWID

9.10.15(JUMAAT)
AKHLAK&SIRAH

Penangguhan SPRA akibat jerebu.

Kenyataan rasmi daripada YTP:

Assalamualaikum wbt...  setelah perbincangan bersama KPP YTP  tentang kegawatan cuaca jerebu...maka diputuskan pada hari esok Isnin 28 Sept 2015, sekolah di negeri Selangor, Wilayah, Negeri Sembilan dan Sarawak ditutup. Bagaimanapun guru-guru dan staf datang bertugas seperti biasa. 

Sekolah akan dibuka semula pada 29 Sept. sekiranya cuaca dan bacaan jerebu tidak di tahap bahaya.  Maka peperiksaan SPRA Tahun 5 akan bermula pada 29 Sept hingga 1 Okt 2015 ( Selasa-Khamis) seluruh Malaysia. 

Pelajar-pelajar diminta memakai 'mask' ke sekolah. Sekian. Harap maklum.

Daripada:   Nur Jannah Keman, Bhg. Pengurusan Sek dan Akademik, YTP.

Nota admin: pengumuman tentang peperiksaan PSRA (JAIS) tahun 6 akan dimaklumkan kemudian setelah pihak sekolah menerima pekeliling daripada JAIS.

Isnin, 14 September 2015

Senarai murid Tahun 1 sesi 2016

Berikut senarai murid Tahun 1 yang diterima masuk untuk sesi persekolahan 2016.










Selasa, 8 September 2015

Bengkel Pemantapan PJ dan PK

Panitia Kemahiran Hidup dan Pendidikan Jasmani / Kesihatan telah mengadakan bengkel pemantapan PJK di Bilik Syura, KDH.

Bengkel telah disampaikan oleh dua orang penceramah dari  IPG Kampus Pendidikan Islam iaitu En. Kamarudin Daud dan Mohd Rizal Mohtar.

Berikut gambar-gambar semasa bengkel tersebut.

Sabtu, 5 September 2015

Suasana ujian kemasukan Tahun 1 (2016)

Berikut gambar-gambar semasa ujian kemasukan Tahun 1 (2016)

Rabu, 2 September 2015

Taklimat menduduki UPSR

Taklimat terakhir UPSR telah diadakan di surau pada pukul 3.30 petang. Seramai 139 orang calon UPSR telah diberikan jadual waktu peperiksaan oleh guru kelas dan guru setiausaha peperiksaan UPSR.

Kemudian Guru Besar, Puan Tengku Noor Ketina telah menyampaikan tip-tip sebelum,  semasa dan selepas menghadapi peperiksaan.

Berikut gambar-gambar yang sempat dirakamkan.