Ahad, 27 September 2015

Perubahan jadual PSRA (Jais)

KENYATAAN MEDIA

Selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia dan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, pendidik dan pengurus sekolah, semua sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor akan ditutup pada hari Isnin, 28 September 2015.

Oleh kerana cuaca semasa adalah tidak kondusif untuk pelajar menduduki peperiksaan, Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan pada 28 September 2015 juga ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Justeru, semua calon PSRA akan memulakan peperiksaan pada hari Selasa, 29 September 2015 dengan kertas Bahasa Arab (Kod BA02) pada jam 2.40 petang.

Semua sekolah yang terlibat hendaklah memastikan maklumat mengenai penangguhan ini sampai kepada semua calon dan pihak-pihak yang terlibat dalam kadar segera.

Terima kasih.

Tuan Hj. Ahmad Zaki Bin Hj. Arsad
Timbalan Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor

Maklumat dari unit peperiksaan.

Perubahan Jadual PSRA 2015
29.9.15(SELASA) BAHAS A ARAB

30.9.25(RABU)
JAWI,IMLAK&KHAT

1.10.15(KHAMIS)
TAUHID&FEKAH

2.10.15(JUMAAT)
TAJWID

9.10.15(JUMAAT)
AKHLAK&SIRAH

0 comments:

Catat Ulasan