Ahad, 1 Januari 2012

Ragam Murid-Murid Tahun 1

Murid-murid Tahun 1 sedang menyanyikan lagu sekolah.

Sekolah telah mengadakan Program Suaikenal Tahun 1 sesi 2012 pada 30hb Disember 2011 (Jumaat). Ibu bapa telah datang ke sekolah seawal 7.30 pagi untuk menghantar anak masing-masing. Murid-murid Tahun 1 sesi 2012 ditempatkan di 5 buah kelas.

Pelbagai ragam anak-anak semasa pertama kali menjejakkan kaki di SERI ABIM Sg Ramal. Ada murid-murid Tahun 1 yang teruja dan ada juga yang menangis kerana tidak mahu berpisah dengan ibu bapa masing-masing. Pelbagai karenah anak-anak telah ditangani oleh guru-guru dengan sifat kasih sayang.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah taaruf diri, taaruf sekolah, latihan psikomotor, origami, nyanyian lagu-lagu sekolah dan lain-lain lagi. Semasa anak-anak menghadiri kelas, para ibu bapa pula mengikuti Taklimat Tahun 1 yang disampaikan oleh Pengarah Yayasan Takmir, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan HEM. Program Suaikenal Tahun 1 selesai pada pukul 12.30 tengahari.

Murid-murid Tahun 1 sedang bersarapan pagi di kantin.